Formasi 6 (Attacking Midfielder)

Setelah mengenali defensive midfielder atau orang jahat dalam pasukan, kita beralih pula kepada posisi attacking midfielder (AM). AM merupakan pemain yang merencana serangan pasukan dalam diamond system midfield. Pemain posisi ini hanya akan menumpukan perhatian kepada corak serangan yang akan dilakukan setiap kali mendapat bola. Pemain inilah yang akan menentukan sama ada perlu menyerang secara pantas atau menunggu sehingga keadaan yang bersesuaian untuk melakukan hantaran² serangan. Oleh itu, AM perlu mempunyai kemahiran menyimpan bola dalam tempoh masa yang lama sehingga menyukarkan pihak lawan merampas bola daripadanya.

Kedudukan AM dalam formasi pasukan

Attacking midfielder boleh bergerak ke serata kawasan padang untuk memulakan serangan. Apabila pasukan diserang, AM akan turun sedikit dari kawasannya supaya bola yang dikawal pihak lawan sentiasa berada dihadapan kawasan AM. Oleh itu, bola akan sentiasa berlegar² di antara lapisan striker dan lapisan midfield pasukan tanpa dapat memasuki lapisan pertahanan. Setelah bola dirampas mana² pemain, AM akan pantas memastikan dirinya tidak dikawal supaya bola sentiasa boleh dihantar kepada AM ini. Dengan itu, pasukan akan memulakan serangan sambil pemain² serangan lain naik membantu.

Lazimnya, pemain posisi ini sudah jarang digunakan dalam bola sepak pada hari ini kerana posisi ini memberikan corak permainan yang terlalu asas dan direct serta mudah dibaca pakar taktikal lawan. Pemain² posisi ini juga jarang memberikan bantuan ketika pasukan diserang kerana kekurangan kemahiran bertahan yang diperlukan. Namun begitu, pemain² posisi ini akan cukup menyerlah dipadang jika taktikal yang digunakan sesuai dengan gaya permainan inidividu AM ini. Contohnya, Kaka, Zinedine Zidane, Juan Roman Riquelme, Jay Jay Okocha, Francesco Totti dan Xavi Hernandez akan menjadi amat efektif dalam system permainan ini.

Xavi Hernandez "Tempo Dictator"

P/s : AM adalah pemain yang sangat digemari pecinta bola sepak kerana kreativiti pemain posisi ini membuatkan permainan sesebuah pasukan menjadi sangat menghiburkan dan menarik. Antara pemain yang menyerlah dalam posisi ini kini ialah Andreas Iniesta, Wesley Sneijder, Rafael Van Der Vaart dan Marek Hamsik.

Membersihkan dalam telinga

Sejak kecil lagi kita telah didedahkan dengan kaedah mencuci telinga yang telah diamalkan secara turun-temurun oleh mereka yang lebih berusia daripada kita.
Baik dengan menggunakan putik kapas oleh mereka yang dikatakan tergolong dalam kategori moden, mahupun penggunaan benda-benda tajam atau secara spesifiknya pin rambut oleh mereka yang agak tradisional. Kedua-duanya digunakan oleh mereka yang mempunyai niat dan tujuan mencuci telinga yang kononnya kotor dan tersumbat dengan tahi telinga.

Ada yang menjadikannya sebagai satu rutin atas dasar telinga perlu dicuci selalu dan ada juga yang telah menjadikannya suatu amalan yang tidak boleh ditinggalkan setiap kali selepas mandi disebabkan oleh kerana terlalu biasa dengan amalan mengorek telinga.

Bagi mereka yang tidak berapa berkemampuan pula, agak jarang mereka dapat merasai nikmat mengorek telinga dengan menggunakan putik kapas. Jauh sekali untuk menjadikannya sebagai rutin harian. Lantas, golongan ini sering dianggap tidak pandai menjaga kebersihan diri kerana membiarkan tahi telinga terkumpul dalam lubang telinga.

Membersihkan/mengorek telinga

Salah Tanggapan

Mungkin suatu pendedahan atau maklumat baru yang agak mengejutkan sekiranya anda diberitahu bahawa penggunaan putik kapas sebenarnya bukan sahaja tidak mampu membersihkan telinga, bahkan ia boleh menyebabkan masalah gangguan pendengaran.
Itulah hakikat sebenarnya jika anda bertanya kepada pakar telinga di mana-mana klinik atau hospital swasta sekalipun.

Itu bukanlah suatu yang menghairankan kerana kepercayaan yang kurang tepat ini tidak begitu terdedah kepada masyarakat awam. Hanya mereka yang mengalami masalah tersumbat tahi telinga sahaja yang mengetahuinya kerana tabiat mengorek telinga secara rutin inilah yang menjadi punca yang membawa mereka ke klinik berjumpa doktor.

Lilin Telinga

Sesungguhnya manusia diciptakan dalam sebaik-baik kejadian, lengkap dengan mekanisme yang membolehkan kita menjalani hidup yang selesa, walaupun tanpa pengunaan perkakasan tambahan. Saluran telinga manusia mempunyai bahagian yang dilapisi kulit yang menghasilkan lilin telinga (ear wax).

Bahagian dalam telinga

Saluran telinga mempunyai struktur menyerupai rerambut halus di bahagian menghala ke luar, dan bahagian tanpa rerambut yang letaknya lebih ke dalam yang hampir dengan gegendang telinga. Lilin telinga, yang ramai antara kita mengenalinya sebagai tahi telinga, terhasil daripada kelenjar yang terletak di bahagian yang lebih ke luar daripada keseluruhan salur telinga. Majoriti dalam kalangan masyarakat menganggap lilin telinga ini kotor dan perlu dicuci, dan fahaman ini sebenarnya adalah salah!

Kesan Mengorek Telinga

Menjadi sesuatu yang lumrah bahawa apa sahaja yang dijenamakan sebagai ‘tahi’ itu perlu dicuci. Di sinilah timbulnya kesilapan yang pertama. Lilin telinga terhasil daripada proses fisiologi dalam diri manusia. Amaun yang dihasilkan amatlah sedikit.

Rerambut halus telinga

Apa yang menjadikannya banyak ialah tindakan kita yang sering mengganggu proses pencucian lilin telinga ini yang sepatutnya berlaku tanpa diganggu. Rerambut halus yang terdapat dalam saluran telinga sebenarnya telah diprogramkan untuk ‘menyapu keluar’ lilin telinga ini. Disebabkan itulah bagi mereka yang tidak menggunakan putik kapas, akan terasa seperti debu-debu berhampiran dengan kawasan cuping telinga.

Itu sebenarnya ialah lilin telinga yang secara automatik telah disapu keluar oleh petugas-petugas yang sentiasa bekerja di dalam telinga kita. Apabila tugas mereka diganggu, maka semakin hari semakin banyaklah lilin telinga akan terkumpul dan terperosok ke bahagian yang lebih ke dalam. Sampai ke suatu tahap, kita akan mengalami apa yang dikenali sebagai kurang dengar jenis konduktif (conductive hearing loss).

Tidak kurang juga kes-kes di mana hujung kapas terlucut daripada bahagian plastiknya dan menyebabkan ia tertinggal di dalam lubang telinga. Ia tidak dapat dikeluarkan di rumah oleh pesakit sendiri atau kawan yang ingin membantu. Ini kerana lokasinya yang agak jauh ke dalam, ruangnya yang sempit serta susunan saluran telinga yang tidak lurus sepenuhnya. Pengeluaran kapas berkenaan biasanya memerlukan pemeriksaan mikroskopik dan putik kapas yang tertinggal diambil keluar dengan menggunakan forseps.

Ada juga di kalangan kita yang menggunakan benda-benda yang lebih berbahaya seperti pin rambut, lidi, hujung pensel dan sebagainya untuk mengorek telinga. Penggunaan alat-alatan ini lebih mengundang padah kerana ia akan lebih mendedahkan pesakit kepada kecederaan yang serius seperti luka pada saluran telinga dan kerosakan pada gegendang telinga selain daripada ia turut mendedahkan kepada risiko jangkitan kuman pada saluran telinga yang dipanggil otitis eksterna.

Pendengaran Kurang Jelas

Apabila terlalu banyak lilin telinga yang termampat dan terperosok ke dalam, ia semakin menghampiri gegendang telinga. Gegendang ini berfungsi sebagai penukar daripada tenaga bunyi kepada tenaga getaran atau mekanikal. Apabila ada sesuatu yang menyentuh apatah lagi menghimpit dan menekan ke atasnya, maka sistem konduksi bunyi akan terganggu dan terjadilah masalah pendengaran. Perlu difahami, kehadiran gumpalan lilin telinga yang termampat akibat sentiasa ditolak masuk oleh putik kapas akan menyebabkan gelombang bunyi yang sepatutnya masuk ke dalam telinga akan terhalang. Lantas, jumlah stimulasi bunyi yang sampai ke gegendang untuk diinterpretasi akan menjadi minimum dan mungkin tidak cukup untuk tahap pendengaran yang jelas.

Rawatan

Pesakit selalunya akan hadir ke klinik dan hospital apabila terjadinya masalah pendengaran yang mengganggu tugas harian mereka. Ada juga di kalangan pesakit yang menghadapi bunyi bising (tinnitus) di dalam telinga. Setelah menjalani pemeriksaan dan lilin telinga termampat disahkan, doktor akan menggunakan beberapa kaedah untuk mengeluarkannya. Kaedah konvensional yang digunakan ialah dengan memancutkan air suam ke dalam telinga dengan menggunakan picagari (ini hanya boleh dilakukan oleh mereka yang terlatih sahaja). Dengan cara ini, lilin telinga akan menjadi sedikit lembut dan lama-kelamaan ia akan terkeluar dengan arus air tersebut. Bagi sesetengah kes pula, ketulan-ketulan yang terlalu keras dan mampat akan dilembutkan terlebih dahulu dengan sejenis ubat titis telinga dan kemudiannya barulah lilin termampat tadi mudah dikeluarkan. Sesetengah hospital, terutamanya hospital besar yang mempunyai perkhidmatan pakar telinga, kaedah penyedutan lilin telinga di bawah pemeriksaan mikroskopi boleh dilakukan.

Apabila lilin telinga telah dikeluarkan, biasanya pesakit akan memperoleh tahap pendengaran seperti sedia kala. Bunyi bising dalam telinga atau tinnitus akan hilang dan rasa selesa kembali dinikmati. Nasihat yang diberikan ialah supaya pesakit tidak lagi menggunakan putik kapas pada masa akan datang. Kita perlu ingat bahawa badan kita telah diciptakan dalam keadaan yang cukup baik dan serba lengkap. Sebarang manipulasi hendaklah disertakan dengan ilmu yang mencukupi agar kita tidak ditimpa mudarat.

(Sumber Utama : Irfan Mohamad)

P/s : Bagaimana pula dengan mendengar lagu menggunakan headphone atau earphone?

Sferaku kian bujur

Bumi kita sudah terbatuk² sekarang..

Komplot - Enter This Kosmos (Global Warming)

Suria
Silau terpancar
Menyambut kelahiran revolusi digital

Fobia
Mula terpancar
Dalam bentuk jentera dan teropong aerial

Bumi yang dalam dilemma
Kemarau tiada noktah
Keindahan jadi debu
Nostalgia silam

Manusia
Gila kuasa
Dalam isu peperangan dan bisikan propaganda

Radio
Arus perdana
Mengiringi tarian insan sumbang dan keliru

Bumi yang dalam dilemma
Kemarau tiada noktah
Keindahan jadi debu
Nostalgia silam

P/s : Cintailah alam sekitar..

Rezeki

Brapa kalikah sehari kita berterima kaseh kepada Allah?

Altimet - Syukur

Pukul 6 pagi
Masa untuk ku bangkit lagi
Sebelum mencari sesuap nasi
Perutku dialas sesuap nasi
Subuhku tertinggal lagi
Terus diganti
Terus keluar dan berlari
Bersama warga kota lain sekali
Kita semua selari
Motor, kereta, bas, LRT
Yang berbasikal pejalan kaki
Dari tauke besar hingga kerani
Semua punya niat sama di hati
Biar usaha dan rezeki serasi
Walau mendung saujana yang dihadapi
Masih ada mentari, jadi

Syukur, aku masih disini
Syukur, aku bernafas lagi
Syukur, aku masih berdiri
Masih ada kuasa dalam tubuh ini
Syukur, aku masih disini
Syukur, aku bernafas lagi
Syukur, aku masih berdiri
Masih ada kuasa dalam tubuh ini

Bil datang lagi
Seakan sebulan dua kali
Harap dibayar dalam tujuh hari
Sebelum bekalannya di mati
Terngiang rintihan ibu dan bini
Kata mereka perlu itu dan ini
Anakku mahu ke sana sini
Melihat tempat indah dikaca TV
Di otakku hanya periuk nasi
Bil kereta rumah air dan api
Aliran pitisku dijaga rapi
Ditabung yang lebih di dalam laci
Hasil usaha keringat di dahi
Kerjaku halal jangan dicaci
Ku kerah semua tangan dan kaki
Sehingga ku jumpa apa yang dicari jadi

Syukur, aku masih disini
Syukur, aku bernafas lagi
Syukur, aku masih berdiri
Masih ada kuasa dalam tubuh ini
Syukur, aku masih disini
Syukur, aku bernafas lagi
Syukur, aku masih berdiri
Masih ada kuasa dalam tubuh ini

Murahkan rezeki
Jadikan aku lebih seperti
Antara mereka yang mempercayai
Walau usahaku kurang memadai
Fardhuku lewat beberapa kali
Bila bisikan dia mencubit hati
Aku tercandu pada duniawi
Tapi aku tetap kembali, jadi

Syukur, aku masih disini
Syukur, aku bernafas lagi
Syukur, aku masih berdiri
Masih ada kuasa dalam tubuh ini
Syukur, aku masih disini
Syukur, aku bernafas lagi
Syukur, aku masih berdiri
Masih ada kuasa dalam tubuh ini

P/s : Alhamdulillah..

Devil's project

Ingat lagi projek mindcontrol Amerika yang bernama MK-Ultra? Ini adalah lagu tentangnya..

Muse - MK Ultra

The wavelength gently grows
Coercive notions re-evolve
A universe is trapped inside a tear
It resonates the core
Creates unnatural laws
Replaces love and happiness with fear

How much deception can you take?
How many lies will you create?
How much longer until you break?
Your mind's about to fall

And they are breaking through
They are breaking through
Now we're falling
We are losing control

Invisible to all
The mind becomes a wall
All of history deleted with one stroke

How much deception can you take?
How many lies will you create?
How much longer until you break?
Your mind's about to fall

And they are breaking through
They are breaking through
Now we're falling
We are losing control

P/s : Jenayah Yahudi semakin berani dibongkar!! Hahaha..

Formasi 5 (Defensive Midfielder)

Artikel bola sepak yang lepas memberi gambaran tentang sukarnya untuk mencari pemain yang boleh menjadi seorang midfield lengkap. Jadi, untuk memiliki seorang midfield lengkap dalam pasukan anda boleh dikatakan mustahil. Oleh itu, beberapa kemahiran midfield boleh diketepikan dalam memilih midfield anda dengan berpandukan posisi dan tugasnya dalam padang. Sebagai contoh, pada artikel kali ini, kita lihat posisi defensive midfielder (DM) ataupun “si pengacau pasukan lawan”.

Kedudukan DM dalam formasi pasukan

DM adalah pemain yang bekerja untuk melindungi barisan pertahanan yang berada di belakangnya. Dia adalah satu lapisan yang perlu ditembusi terlebih dahulu sebelum pemain lawan menjumpai lapisan pertahanan. Dalam perlawanan, pemain ini adalah antara pemain yang terakhir yang akan menyerang pasukan lawan. Ini adalah kerana DM perlu berjaga² dengan serangan balas@counter attack yang mampu dilakukan lawan. Secara teorinya, ketika diserang, seluruh pasukan lawan akan bertahan kecuali 1 atau 2 orang. Pemain yang tidak bertahan ini akan menunggu pasukannya merampas bola. Bola tadi akan pantas diberikan kepada pemain² ini untuk memulakan serangan.

Ia diumpamakan begini, ketika pasukan melakukan serangan, DM akan memerhatikan gerakan pemain lawan yang agak kurang membantu pertahanan pasukannya. Setelah pemain lawan dapat merampas bola, bola akan segera diberikan kepada pemain yang kurang bertahan tadi. Pemain² yang kurang bertahan ini akan memulakan serangan pihak lawan. Ketika ini peranan DM amat penting. DM perlu segera merampas bola daripada pemain ini untuk menghalang langsung pasukan lawan daripada membuat serangan. Bayangkan jika DM ini leka. Pemain lawan tadi akan mengawal bola, menunggu rakan²nya naik dan memulakan serangan. Lebih buruk, jika pemain ini boleh menggelecek dan membawa bola dengan pantas, meluru memintas pemain pertahanan yang tidak dilindungi DM yang terleka tadi, dan terus berhadapan dengan penjaga gol. Amat berbahaya.

Seorang DM kerap kali tidak disukai dan dilabel ‘jahat’ dalam dunia bola sepak. Ini kerana peranan mereka dalam pasukan. Mereka adalah pemain yang akan merosakkan game atau permainan pihak lawan. Mereka akan melakukan apa sahaja termasuk melakukan kekasaran yang disengajakan. Ini adalah bagi membolehkan permainan bola sepak lawan kurang tersusun, konsentrasi pihak lawan terjejas dan sudah semestinya sukar untuk mereka menjaringkan gol.

Seperti yang dilakukan oleh Diego Simeone dalam Piala Dunia 2002 ketika Argentina menentang England, dia telah membuat 17 tackle sepanjang perlawanan dan hanya 6 daripadanya foul. Sebagai seorang midfield, dia sepatutnya focus untuk membuat hantaran berbanding membuat kekasaran. Hasilnya, David Beckham yang dikasarinya dibuang padang kerana membalas kekasaran yang dibuat dan England tewas dalam perlawanan itu. Di bawah ini ada diselitkan video tentang salah seorang DM.

Javier Mascherano "The Ball Winner"

P/s : DM adalah posisi yang agak sukar dicari pemian mudanya. Antara yang dijumpai adalah Ignacio Camacho dari Sepanyol dan Moussa Sissoko dari Perancis. Adoi..tak teringat nak cerita pasal Scott Parker kat atas tadi.

Institusi terpenting

Institusi kekeluargaan adalah organisasi yang perlu anda jaga dengan sepenuh hati..Pertahankanlah..

Love Me Butch - Come Out, Come Out


Sorry..Band ni belum release lirik secara rasmi..

P/s : I dont even rest for a while..What would you stay, just for a while..At least we never take the pill a few time..What would you stay, just for a night..At least remember where we had those good time..
 

© lifexponent
lifEXPONENT by verbaLOVERS. Original theme by SF | Distributed by WALK