Baju kalis peluru

German Army 2a Kevlar Flak Vest

Perisai badan merupakan pertahanan peperangan yang paling awal dicipta. Hampir setiap tamadun awal mempunyai kelengkapan perisai badan tersendiri. Teknologi perisai badan ini berkembang berdasarkan perkembangan senjata musuh masing². Contohnya, tamadun Greek menggunakan 14 lapisan linen sebagai perisai badan manakala tamadun China pula menggunakan 5-7 lapisan kulit badak sumbu untuk pertahanan.

Sehingga kini, penciptaan senjata api membawa kepada revolusi perisai badan. Disebabkan kelajuan peluru yang melampaui kelajuan pergerakan manusia, perisai konvensional adalah tidak praktikal. Baju kalis peluru yang cukup efektif untuk kegunaan penguat kuasa adalah wujud selepas revolusi plastic pada 1940an. Baju kalis peluru ketika itu menggunakan nilon balistik yang ditambah dengan plat gentian kaca, besi, seramik dan titanium.

Aramid

Pada tahun 1965, Stephanie Kwolek, ahli kimia di syarikat DuPont mencipta Kevlar. Kevlar adalah nama yang didaftarkan untuk hak cipta sebuah polimer dengan nama kimia poly-para-phenylene terephthalamide. Polimer yang dicipta dalam bentuk cecair ini boleh dipintal menjadi gentian aramid (Aromatic Polyamide) yang dijadikan kain.

Asalnya, Kevlar digunakan dalam pembuatan tayar, tali dan gasket. Pada tahun 1971, Lester Shubin dan Institut Kebangsaan Penguatkuasaan Undang² Amerika menggunakan Kevlar bagi menggantikan nilon balistik yang agak tebal.

Pada tahun 1989, muncul gentian polietilena yang mencabar Kevlar. Gentian yang dibangunkan oleh Syarikat Allied Signal ini diberi nama Spectra. Asalnya, ia digunakan sebagai layar pada kapal layar. Berlainan dengan Kevlar, Spectra tidak ditenun menjadi kepingan fabric. Spectra dikatakan lebih ringan dan lebih kuat.

Kevlar Yarn

Baju kalis peluru merangkumi sebuah panel beberapa lapisan fabric berbentuk anak baju daripada Kevlar atau Spectra. Lapisan² ini dicantumkan jahitannya menggunakan benang Kevlar atau disadur dengan menggunakan resin yang fleksibel. Panel² ini memberikan perlindungan yang baik namun mengurangkan keselesaan. Pada baju ini, bahagian sebelah badan manusia biasanya dialas dengan bahan lain seperti Kumax untuk meningkatkan keselesan.

Baju kalis peluru tertakluk kepada kawalan kualiti yang ketat. Keupayaan menahan peluru dilabelkan mengikut kategori dari I, II-A, II, III-A, III dan IV. Kategori baju kalis peluru yang tinggi mampu menahan semua jenis peluru yang dapat ditahan kategori bawah. Untuk fabric Kevlar, bilangan lapisan yang digunakan untuk kategori II-A ialah sebanyak 16 lapisan. Manakala untuk kategori III-A pula lebih kurang 30 lapisan. Walaupun demikian, Kevlar kurang berkesan dalam keadaan basah.

Sehingga kini, baju kalis peluru jenis fleksibel hanya mampu menahan peluru daripada tembakan pistol. Baju kalis peluru tanpa plat perisai yang keras dan mampu menahan tembakan senjata yang kuat sedang diusahakan. Ini termasuk kajian ke atas Spider Silk atau Biosteel yang berasaskan sarang labah², Tiub Nano Karbon dan juga bulu ayam.

(Sumber Utama : Adrian Zulkarnain)

P/s : Bila pulak nk cipta baju halimunan?

 

© lifexponent
lifEXPONENT by verbaLOVERS. Original theme by SF | Distributed by WALK