Formasi 3 (Pertahanan Tepi)

Satu lagi bahagian pertahanan yang akan diceritakan ialah pertahanan tepi@sideback@fullback@wingback. Fullback pula harus mempunyai kemahiran yang lebih daripada centerback. Ini adalah kerana fullback akan berlari naik ke atas membantu serangan setelah bertahan. Oleh itu beberapa kemahiran tambahan diperlukan seperti crossing dan stamina.

Kedudukan fullback

Crossing adalah mudah diceritakan begini; hantaran tinggi atau rendah yang dilakukan dari kiri atau kanan padang yang berhampiran garisan out. Bola hantaran tersebut melintasi pintu gol untuk disambar penyerang bagi menjaringkan gol manakala pertahanan pula perlu menyambar bola bagi mengeluarkan bola untuk menyelamatkan golnya. Apabila fullback naik ke atas dan membantu serangan, pemain tersebut akan melakukan cross apabila hampir dengan kotak penalti lawan. Cross yang tepat akan membolehkan pemain penyerang menyambut bola dan jika lebih bertuah akan menjaringkan gol. Stamina yang tinggi pula diperlukan kerana fullback ini akan berlari naik dan turun; atau dengan kata lainnya berlari naik 100 meter dan turun 100 meter setiap kali naik dan turun sepanjang 90 minit. Stamina yang tinggi akan menghindari pemain daripada kepenatan ketika bermain.

Di sini ditunjukkan pula video tentang kerja² yang perlu dilakukan pemain pertahanan

Tackle² bersih

Memiliki sepasang fullback yang baik bermental menyerang dalam pasukan anda adalah amat penting kerana pemain pertahanan ini akan menambah bilangan pemain yang menyerang. Jika anda mempunyai fullback yang mempunyai mentaliti bertahan, kualiti serangan pasukan anda adalah berkurangan kerana fullback ini akan jarang naik membantu serangan. Fullback juga akan berfungsi membuat covering kepada centerback atau mengambil posisi centerback dalam keadaan tertentu ketika permainan. Contohnya ketika pasukan membuat taktik centerback naik untuk membuat tandukan ketika sepakan sudut, fullback akan menunggu di bawah pada posisi centerback.

Fullback kanan veteran Brazil, Cafu digelar “yang mempunyai 2 jantung” kerana berlari naik dan turun dalam kepantasan yang sama sepanjang perlawanan. Tak penat² agaknya..

P/s : Bintang yang dijangka menyinar pada posisi ini di masa akan datang adalah Jerome Boateng dari Jerman, Jukka Raitala dari Croatia dan Marco Motta di Itali.

 

© lifexponent
lifEXPONENT by verbaLOVERS. Original theme by SF | Distributed by WALK