Formasi 4 (Complete Midfielder)

Setelah tamat bahagian pertahanan, masuk pula bahagian yang paling penting dalam satu² perancangan taktikal pasukan; bahagian midfield@pemain tengah. Ada beberapa formasi pemain tengah yang boleh diterapkan untuk merealisasikan perancangan pasukan atau game plan. Game plan ini akan disentuh dalam bab² yang seterusnya.

Kedudukan midfield yang asas adalah seperti berikut :

Diamond System

Flat System

Midfield adalah bahagian yang sangat penting dalam setiap pasukan. Ia umpama jantung kepada seorang manusia iaitu enjin kepada pergerakan pasukan. Keupayaan pemain midfield melaksanakan arahan pengurus pasukan mengikut game plan adalah amat penting di samping tugas asasnya; mengutip hantaran, menghantar bola ke seluruh padang dan menggerakkan seluruh pasukan.

Seorang midfield yang baik harus mempunyai kemahiran² tertentu yang boleh membantunya dalam melaksanakan tugas di padang. Antaranya kemahiran tersebut adalah kemahiran membuat hantaran jauh dan dekat, kemahiran menjaringkan gol dari luar petak penalty, kemahiran membuat tackle, kemahiran menanduk, stamina yang tinggi, kemahiran membaca gerakan perlawanan dan positioning.

Hantaran adalah aspek permainan paling penting seorang midfield. Kemahiran membuat hantaran pendek adalah baik untuk permainan bola sepak cantik. Hantaran ini juga penting dalam membebaskan penyerang anda daripada kawalan pemain pertahanan lawan. Bayangkan ketika penyerang anda berseorangan berlegar² antara pemain² pertahanan lawan, satu hantaran yang secara tiba² membolehkan penyerang anda melepasi kawalan pertahanan dan terus berhadapan dengan penjaga gol adalah digelar “killer pass”. Hantaran ini selalunya sukar dilakukan kerana pemain pasukan lawan akan menghimpuni kotak penalty mereka ketika bertahan.

Hantaran jauh pula berfungsi untuk memulakan serangan atau menukar arah serangan. Ia juga kadang² berfungsi sebagai killer pass. Hantaran ini perlu sangat tepat kerana kedudukan rakan adalah jauh dan sukar diagak jaraknya. Hantaran² adalah berkait rapat dengan visi. Visi adalah kesedaran atau penglihatan terhadap pergerakan yang dibuat rakan anda di serata ceruk padang. Visi ini membantu anda menentukan bola yang akan dihantar; kelajuan yang macam mana? Ketinggian yang macam mana? Bola perlu mendarat di sudut mana? Perlu segera membuat hantaran atau tunggu dulu? Dan bermacam² lagi. Walaupun visi ini sangat penting, ia adalah kebolehan yang diperolehi secara semulajadi.

Paul Scholes menurut cerita jurulatihnya mempunyai hantaran yang sangat tepat. Ketika suasana sejuk pagi di padang latihan, ketika mereka menjalani latihan ‘pig in the middle’, kerap kali rakan sepasukan terasa hendak kencing. Oleh kerana masih dalam latihan dan malas ke tandas yang agak jauh (padang latihan mereka adalah sebesar 6 buah padang bola sepak), mereka memilih untuk kencing di suatu sudut padang. Scholes yang berada sejauh 3/4 padang bola sepak dari tempat mereka kencing, menyepak beberapa biji bola ke arah mereka. Ajaibnya, bola sepakannya tepat mengenai kepala Neville dan rakan²nya yang sedang kencing. Akibat marah, Neville mengejar Scholes di sekeliling padang. Peristiwa ini berlaku berulang kali pada hari berikutnya. Berikut adalah video tentang killer pass dan hantaran jauh Paul Scholes.

Master of passing

Jika hantaran demi hantaran dibuat tetapi masih tidak menghasilkan gol, midfield boleh cuba untuk menjaringkan gol dari luar kotak penalty. Tetapi kemahiran ini amat sukar dilakukan kerana ia memerlukan teknik yang baik disamping anda tentunya akan ditutup ruang untuk melakukan percubaan disepanjang perlawanan. Sepakan yang dilakukan haruslah kuat dan tepat. Adalah lebih baik jika anda mempunyai kemahiran untuk menyepak bola secara first touch atau sentuhan pertama. Ini membolehkan anda membuat percubaan tanpa memberhentikan bola hantaran rakan terlebih dahulu.

Kemahiran membuat tackle dan menanduk adalah sama seperti yang diterangkan pada artikel yang lepas. Cuma kemahiran ini digunakan lebih awal iaitu ketika memberhentikan serangan pasukan lawan sebelum serangan sampai ke lapisan pemain pertahanan. Stamina yang tinggi amat diperlukan bagi membolehkan midfield berlari ke seluruh padang. Midfield yang rajin berlari mengutip bola dan membuat hantaran sepanjang perlawanan adalah ciri² seorang ‘playmaker’ yang baik.

Positioning yang baik pula membolehkan midfield memainkan peranan sebagai ‘box to box’ midfielder, yang mana ketika menyerang, dia berada di kawasan lawan dan ketika bertahan, dia berada di kawasan sendiri. Larian kotak ke kotak ini juga membolehkan midfield masuk ke dalam kotak penalty lawan secara lewat. Pemain pertahanan yang leka mengawal penyerang akan tidak sengaja membiarkan midfield ini tidak dikawal kerana timing kehadirannya ke dalam petak penalty adalah tidak disedari. Inilah yang sering dilakukan Frank Lampard dalam gol² jaringannya. Larian ke dalam petak penalty ini juga memerlukan kemahiran midfield untuk membaca gerakan pemain pertahanan lawan.

The Complete Midfielder

Seorang midfield lengkap amat sukar dicari. Midfield ini boleh bermain dimana² posisi midfield samada attacking midfielder, right@left midfielder atau defensive midfielder dengan begitu baik.

P/s : Complete midfielder sukar dicari ketika pemian itu masih muda. Ia hanya akan menonjol ketika seseorang midfield itu mula menjadi pemain yang matang. Contoh yang ada sekarang ialah Steven Gerrard n Frank Lampard dari England, Michael Essien dari Chelsea, Marcos Senna dari Villareal, Miguel Veloso dari Portugal dan Mohammad Sissoko dari Juventus.

 

© lifexponent
lifEXPONENT by verbaLOVERS. Original theme by SF | Distributed by WALK