Formasi 4 (Complete Midfielder)

Setelah tamat bahagian pertahanan, masuk pula bahagian yang paling penting dalam satu² perancangan taktikal pasukan; bahagian midfield@pemain tengah. Ada beberapa formasi pemain tengah yang boleh diterapkan untuk merealisasikan perancangan pasukan atau game plan. Game plan ini akan disentuh dalam bab² yang seterusnya.

Kedudukan midfield yang asas adalah seperti berikut :

Diamond System

Flat System

Midfield adalah bahagian yang sangat penting dalam setiap pasukan. Ia umpama jantung kepada seorang manusia iaitu enjin kepada pergerakan pasukan. Keupayaan pemain midfield melaksanakan arahan pengurus pasukan mengikut game plan adalah amat penting di samping tugas asasnya; mengutip hantaran, menghantar bola ke seluruh padang dan menggerakkan seluruh pasukan.

Seorang midfield yang baik harus mempunyai kemahiran² tertentu yang boleh membantunya dalam melaksanakan tugas di padang. Antaranya kemahiran tersebut adalah kemahiran membuat hantaran jauh dan dekat, kemahiran menjaringkan gol dari luar petak penalty, kemahiran membuat tackle, kemahiran menanduk, stamina yang tinggi, kemahiran membaca gerakan perlawanan dan positioning.

Hantaran adalah aspek permainan paling penting seorang midfield. Kemahiran membuat hantaran pendek adalah baik untuk permainan bola sepak cantik. Hantaran ini juga penting dalam membebaskan penyerang anda daripada kawalan pemain pertahanan lawan. Bayangkan ketika penyerang anda berseorangan berlegar² antara pemain² pertahanan lawan, satu hantaran yang secara tiba² membolehkan penyerang anda melepasi kawalan pertahanan dan terus berhadapan dengan penjaga gol adalah digelar “killer pass”. Hantaran ini selalunya sukar dilakukan kerana pemain pasukan lawan akan menghimpuni kotak penalty mereka ketika bertahan.

Hantaran jauh pula berfungsi untuk memulakan serangan atau menukar arah serangan. Ia juga kadang² berfungsi sebagai killer pass. Hantaran ini perlu sangat tepat kerana kedudukan rakan adalah jauh dan sukar diagak jaraknya. Hantaran² adalah berkait rapat dengan visi. Visi adalah kesedaran atau penglihatan terhadap pergerakan yang dibuat rakan anda di serata ceruk padang. Visi ini membantu anda menentukan bola yang akan dihantar; kelajuan yang macam mana? Ketinggian yang macam mana? Bola perlu mendarat di sudut mana? Perlu segera membuat hantaran atau tunggu dulu? Dan bermacam² lagi. Walaupun visi ini sangat penting, ia adalah kebolehan yang diperolehi secara semulajadi.

Paul Scholes menurut cerita jurulatihnya mempunyai hantaran yang sangat tepat. Ketika suasana sejuk pagi di padang latihan, ketika mereka menjalani latihan ‘pig in the middle’, kerap kali rakan sepasukan terasa hendak kencing. Oleh kerana masih dalam latihan dan malas ke tandas yang agak jauh (padang latihan mereka adalah sebesar 6 buah padang bola sepak), mereka memilih untuk kencing di suatu sudut padang. Scholes yang berada sejauh 3/4 padang bola sepak dari tempat mereka kencing, menyepak beberapa biji bola ke arah mereka. Ajaibnya, bola sepakannya tepat mengenai kepala Neville dan rakan²nya yang sedang kencing. Akibat marah, Neville mengejar Scholes di sekeliling padang. Peristiwa ini berlaku berulang kali pada hari berikutnya. Berikut adalah video tentang killer pass dan hantaran jauh Paul Scholes.

Master of passing

Jika hantaran demi hantaran dibuat tetapi masih tidak menghasilkan gol, midfield boleh cuba untuk menjaringkan gol dari luar kotak penalty. Tetapi kemahiran ini amat sukar dilakukan kerana ia memerlukan teknik yang baik disamping anda tentunya akan ditutup ruang untuk melakukan percubaan disepanjang perlawanan. Sepakan yang dilakukan haruslah kuat dan tepat. Adalah lebih baik jika anda mempunyai kemahiran untuk menyepak bola secara first touch atau sentuhan pertama. Ini membolehkan anda membuat percubaan tanpa memberhentikan bola hantaran rakan terlebih dahulu.

Kemahiran membuat tackle dan menanduk adalah sama seperti yang diterangkan pada artikel yang lepas. Cuma kemahiran ini digunakan lebih awal iaitu ketika memberhentikan serangan pasukan lawan sebelum serangan sampai ke lapisan pemain pertahanan. Stamina yang tinggi amat diperlukan bagi membolehkan midfield berlari ke seluruh padang. Midfield yang rajin berlari mengutip bola dan membuat hantaran sepanjang perlawanan adalah ciri² seorang ‘playmaker’ yang baik.

Positioning yang baik pula membolehkan midfield memainkan peranan sebagai ‘box to box’ midfielder, yang mana ketika menyerang, dia berada di kawasan lawan dan ketika bertahan, dia berada di kawasan sendiri. Larian kotak ke kotak ini juga membolehkan midfield masuk ke dalam kotak penalty lawan secara lewat. Pemain pertahanan yang leka mengawal penyerang akan tidak sengaja membiarkan midfield ini tidak dikawal kerana timing kehadirannya ke dalam petak penalty adalah tidak disedari. Inilah yang sering dilakukan Frank Lampard dalam gol² jaringannya. Larian ke dalam petak penalty ini juga memerlukan kemahiran midfield untuk membaca gerakan pemain pertahanan lawan.

The Complete Midfielder

Seorang midfield lengkap amat sukar dicari. Midfield ini boleh bermain dimana² posisi midfield samada attacking midfielder, right@left midfielder atau defensive midfielder dengan begitu baik.

P/s : Complete midfielder sukar dicari ketika pemian itu masih muda. Ia hanya akan menonjol ketika seseorang midfield itu mula menjadi pemain yang matang. Contoh yang ada sekarang ialah Steven Gerrard n Frank Lampard dari England, Michael Essien dari Chelsea, Marcos Senna dari Villareal, Miguel Veloso dari Portugal dan Mohammad Sissoko dari Juventus.

Baju kalis peluru

German Army 2a Kevlar Flak Vest

Perisai badan merupakan pertahanan peperangan yang paling awal dicipta. Hampir setiap tamadun awal mempunyai kelengkapan perisai badan tersendiri. Teknologi perisai badan ini berkembang berdasarkan perkembangan senjata musuh masing². Contohnya, tamadun Greek menggunakan 14 lapisan linen sebagai perisai badan manakala tamadun China pula menggunakan 5-7 lapisan kulit badak sumbu untuk pertahanan.

Sehingga kini, penciptaan senjata api membawa kepada revolusi perisai badan. Disebabkan kelajuan peluru yang melampaui kelajuan pergerakan manusia, perisai konvensional adalah tidak praktikal. Baju kalis peluru yang cukup efektif untuk kegunaan penguat kuasa adalah wujud selepas revolusi plastic pada 1940an. Baju kalis peluru ketika itu menggunakan nilon balistik yang ditambah dengan plat gentian kaca, besi, seramik dan titanium.

Aramid

Pada tahun 1965, Stephanie Kwolek, ahli kimia di syarikat DuPont mencipta Kevlar. Kevlar adalah nama yang didaftarkan untuk hak cipta sebuah polimer dengan nama kimia poly-para-phenylene terephthalamide. Polimer yang dicipta dalam bentuk cecair ini boleh dipintal menjadi gentian aramid (Aromatic Polyamide) yang dijadikan kain.

Asalnya, Kevlar digunakan dalam pembuatan tayar, tali dan gasket. Pada tahun 1971, Lester Shubin dan Institut Kebangsaan Penguatkuasaan Undang² Amerika menggunakan Kevlar bagi menggantikan nilon balistik yang agak tebal.

Pada tahun 1989, muncul gentian polietilena yang mencabar Kevlar. Gentian yang dibangunkan oleh Syarikat Allied Signal ini diberi nama Spectra. Asalnya, ia digunakan sebagai layar pada kapal layar. Berlainan dengan Kevlar, Spectra tidak ditenun menjadi kepingan fabric. Spectra dikatakan lebih ringan dan lebih kuat.

Kevlar Yarn

Baju kalis peluru merangkumi sebuah panel beberapa lapisan fabric berbentuk anak baju daripada Kevlar atau Spectra. Lapisan² ini dicantumkan jahitannya menggunakan benang Kevlar atau disadur dengan menggunakan resin yang fleksibel. Panel² ini memberikan perlindungan yang baik namun mengurangkan keselesaan. Pada baju ini, bahagian sebelah badan manusia biasanya dialas dengan bahan lain seperti Kumax untuk meningkatkan keselesan.

Baju kalis peluru tertakluk kepada kawalan kualiti yang ketat. Keupayaan menahan peluru dilabelkan mengikut kategori dari I, II-A, II, III-A, III dan IV. Kategori baju kalis peluru yang tinggi mampu menahan semua jenis peluru yang dapat ditahan kategori bawah. Untuk fabric Kevlar, bilangan lapisan yang digunakan untuk kategori II-A ialah sebanyak 16 lapisan. Manakala untuk kategori III-A pula lebih kurang 30 lapisan. Walaupun demikian, Kevlar kurang berkesan dalam keadaan basah.

Sehingga kini, baju kalis peluru jenis fleksibel hanya mampu menahan peluru daripada tembakan pistol. Baju kalis peluru tanpa plat perisai yang keras dan mampu menahan tembakan senjata yang kuat sedang diusahakan. Ini termasuk kajian ke atas Spider Silk atau Biosteel yang berasaskan sarang labah², Tiub Nano Karbon dan juga bulu ayam.

(Sumber Utama : Adrian Zulkarnain)

P/s : Bila pulak nk cipta baju halimunan?

Ketam batu

Sejenis ketam batu

Ketam batu adalah sejenis makhluk yang sentiasa berwaspada. Ia akan bergerak dengan laju menuju ke lubang pantai apabila berhadapan gangguan. Ahli biologi telah lama mengetahui bahawa ketam batu mampu menghindari sebarang gangguan disebabkan oleh system amaran awal yang unik iaitu terdiri daripada cakera membrane yang panjang yang terdapat di setiap kakinya yang dipercayai berfungsi seperti telinga.

Walau bagaimanapun, kemampuan ketam batu berada di kawasan pantai tidak berair dalam waktu yang sama adalah sesuatu yang mengkagumkan memandangkan ketam batu hanya mempunyai insang sahaja. Bagaimana ketam batu bernafas ketika air surut?

Pada pertengahan tahun 1980an, seorang saintis Australia, David P Maitland telah melakukan satu kajian terhadap ketam batu ini. Beliau telah mengukur kadar keperluan oksigen ketam batu dan kuantiti oksigen yang digunakan ketika kaki yang mengandungi membrane itu dicatkan. Hasil kajian menunjukkan kuantiti penggunaan oksigen bagi ketam batu yang telah dicatkan kakinya berkurangan dengan mendadak. Ini telah mendorong Maitland membuat kesimpulan bahawa membrane tersebut bertindak sebagai organ pernafasan bagi ketam batu.

Membrane tersebut membenarkan udara masuk manakala air dan pasir akan dikeluarkan dari badan. Di bawah membrane terdapat beratus² terusan yang kecil yang mengalirkan darah dengan fungsinya menyerap oksigen melalui membrane tersebut.

Dengan penemuan Maitland ini, maka rahsia bagaimana ketam batu bernafas tanpa air walaupun mempunyai insang telahpun diketahui.

(Sumber Utama : Fuad Shariff)

P/s : Sedap aih makan ketam..

Manusia pendominasi

Bayangkan kita mempunyai hamba yang patuh dan mengikut segala suruhan majikannya ala² zaman dahulu kala. Tidakkah seronok terasa? Begitulah perasaannya jika manusia diberi peluang ber-K.U.A.S.A..

M Nasir - Apa Lagi

Betapa berat memandang
Berat lagi memikul
Rumahku kau cerobohi
Ladang sudah kau cabul
Tinggal tanah terbakar
Dengan pahlawan hilang ikrar

Apa lagi yang kau mahukan
Hey manusia pendominasi
Apa lagi yang kau mahukan
Hey mata dalam tiga segi

Dari Tanah Jawi ke Maghribi
Semangatnya mahu kau ragut
Dengan caramu, dengan alasanmu
Dari ide mu yang bangrut

Hey
Sedarlah sedarlah
Hey teman
Tidak semua jalan menuju ke kota Rom

Geseklah rebabmu
Wahai tangan yang membuai
Darahku tetap mengalir
Ke tanah pertiwi ini

Tetap mengalir
Mengalir untuk pertiwi ini

Damai bukan kawat berduri
Damai dada yang terbuka
Cinta harus membebaskan
Bukan seksa penjara
Hujan api yang kau gugurkan
Ku terima bagai bunga

P/s : Apa lagi yang kau mahukan? Hey manusia pendominasi.. Apa lagi yang kau mahukan?? Hey mata dalam tiga segi!!

Perlukah ??

Pembinaan sempadan yang masih menjadi pilihan manusia² bijak masa kini..

Seven Collar T-Shirt - The War Is Over

The fire's burning low
I know I might be wrong
To find it hard to embrace you, when you ask
I know my silence is responsible for us drifting
Can't fight for everyone

I don't wanna lose anyone at all
If I ever lose my "defencers"
Release the war signs
Come back screaming

Be rest assured for I'm a man of faith
It feels so good to be off this weight
Of having to deal with it
We're losing the war
So let's stop fighting
And come out to wash your senses

I don't wanna lose anyone at all
If I ever lose my "defencers"
Release the war signs
Come back screaming

The war is over
Let's start moving ahead

P/s : Kesian budak tu kejar trak askar, nak air mineral!!!
 

© lifexponent
lifEXPONENT by verbaLOVERS. Original theme by SF | Distributed by WALK