4-4-2 1 (Penjaga Gol)

“Permainan bola sepak adalah permainan orang² bodoh yang menyepak bola ke sana ke mari beramai² sambil cuba meletakkan bola ke dalam kotak berjaring yang tersangatlah besarnya.”

Di sini saya ingin memperbetulkan bait² ayat di atas. Mengapa? Kerana bagi manusia² di luar sana yang memahami bola sepak, akan mengatakan bahawa ia adalah sukan yang pintar dengan perancangan, teknik, disiplin, kemanusiaan dan semangat yang luar biasa. Mengapa orang suka menonton bola sepak tetapi tak reti pun hendak menendang bola? Jawapannya ialah bola sepak mempunyai elemen suspen yang tidak berhenti² mengejutkan anda sepanjang 45 minit bermain, 15 minit berehat dan sambung lagi 45 minit bermain. Kita tinggalkan dulu pasal menonton bola sepak kerana menonton dan bermain adalah perkara yang berlainan.

Berbalik kepada persoalan mengapa bola sepak adalah pintar? Sukan ini dimainkan seramai 11 orang termasuk penjaga gol. Ini tidak bermakna semua 11 orang tersebut masuk ke dalam padang dan berlumba² untuk “meletakkan bola ke dalam kotak berjaring” atau dengan kata lainnya “menjaringkan gol”. Setiap pasukan turun dengan format kedudukan pemain yang tersendiri berserta taktik yang dipercayai dapat mengalahkan lawan. Berikut adalah format yang selalu digunakan pada masa kini ; format 4-4-2 iaitu 4 (pertahanan@back) – 4 (tengah@midfield) – 2 (penyerang@forward). Ini adalah format paling berkesan dari segi serangan dan pertahanan.

Formasi 4-4-2

Kita mulakan dengan penjaga gol. Penjaga gol adalah satu²nya pemain yang boleh menggunakan tangan. Seorang penjaga gol yg hebat diukur dari segi daya refleks badannya, jauh lompatannya, kebolehan mengawal bola (handling), menghalang bola (shot stopping), konsentrasi, kesungguhannya dan yang paling penting, kebolehannya berkomunikasi dalam padang. Ini adalah kerana ketika pasukan bertahan, hanya penjaga gol sahaja yang dapat melihat seluruh pergerakan pemain lawan di segenap pelusuk padang. Jadi, jerit pekik dari penjaga gol boleh menyedarkan rakannya yang terleka untuk mengawal pergerakan pemain lawan ini.

Daya refleks pula merujuk kepada pergerakan anggota badan yang bertindak segera menghalang bola yang datang walaupun bola yang datang itu berubah arahnya secara tiba² akibat terbias dan sebagainya. Lompatan seorang penjaga gol pula membolehkan penjaga gol melayangkan badannya dalam jarak yang agak jauh. Ini membolehkan penjaga gol menepis bola yang jauh dari kedudukan dia berdiri.

Kawasan penjaga gol

Handling merujuk kepada kemahiran MENANGKAP bola walau selaju mana sekalipun bola itu datang atau melintas. Ini juga termasuk kemahiran dalam memastikan kotak penjaga gol dalam padang dikawal sepenuhnya. Keberanian penjaga gol yang keluar dari garisan golnya untuk memintas hantaran lintang (cross) dari kiri dan kanan pintu golnya juga termasuk dalam handling. Shot stopping adalah kemahiran MENEPIS KELUAR bola yang datang. Ini penting kerana jika bola yang ditepis itu tidak keluar atau masih dalam kawasan permainan, ia boleh mengundang pemain lawan datang dan menjaringkan gol ketika penjaga gol sudah hilang keseimbangan badannya akibat menepis bola yang pertama tadi.

Konsentrasi pula adalah pemikiran yang sentiasa fokus untuk menghalang golnya dari dibolosi. Mereka diajar untuk menepis bola satu persatu, biarpun rembatan dan sepakan yang datang itu beratus-ratus jumlahnya. Keadaannya adalah begini; concentrate, satu rembatan datang, tepis, berjaya..concentrate pada bola selepas itu pula, bola datang, tepis, berjaya..concentrate bola selepas itu pula, sepakan datang, tepis, berjaya..ianya berulang-ulang sepanjang perlawanan dan penjaga gol sentiasa berfikir untuk menghalang bola yang datang satu-persatu.

Yang terakhir adalah kesungguhan. Ini merujuk kepada kualiti permainan penjaga gol. Keupayaannya melakukan apa sahaja bagi memastikan golnya tidak dibolosi termasuk keluar daripada garisan golnya untuk mengecilkan sudut target yang diperolehi pemain lawan untuk membuat sepakan. Pendek kata, jika penjaga gol keluar dari garisan golnya, dia mesti sekurang²nya menyentuh bola. Di bawah ini di tunjukkan satu video penjaga gol yang berkualiti.

Quality goal keeper

Memiliki seorang penjaga gol berkualiti amat penting sebagai benteng terakhir pasukan anda. Ini adalah kerana sudah diketahui tugas utama penjaga gol ialah menghalang bola daripada memasuki gol. Ia dipermudahkan begini; pasukan anda ketinggalan 0-1 ketika masa tinggal 10 minit untuk tamat. Tiba² pemain lawan melepasi pertahanan dan hanya berhadapan dengan penjaga gol anda 1 lawan 1. Penjaga gol anda keluar dari garisan gol dan menghalang pemain tadi daripada membuat sepakan yang baik. Bola keluar garisan. Anda masih lagi ketinggalan 0-1 dengan masa lebih kurang 10 minit. Jadi pasukan anda masih boleh cuba menjaringkan 1 gol untuk menyamakan kedudukan dan jika bertuah, menjaringkan 2 gol lalu memenangi perlawanan dengan keputusan 2-1. Cuba bayangkan pula jika bola tadi masuk dan pasukan anda ketinggalan 0-2. Jika pasukan anda menjaringkan 1 gol, pasukan anda masih lagi kalah. Dengan masa semakin suntuk, badan dan mental yang penat, pasukan anda perlu mencari banyak gol. Gol kedua tadi telah pun memastikan kekalahan pasukan anda.

Sekadar pengetahuan, penjaga gol veteran England, David James, satu ketika dahulu adalah penjaga gol hebat yang bermain untuk Liverpool tetapi kemudiannya dijual. Mengapa? Kerana dia mempunyai satu kelemahan iaitu dia amat tidak konfiden jika bola dilintangkan (cross) menintasi pintu golnya sama ada dari kiri atau kanan padang. Oleh sebab dia tidak sukakan bola cross (salib) yang dibuat pemain lawan, dia digelar “Drakula” (pontianak) oleh penyokong² Liverpool. Malulah jika ada peminat Liverpool yang tidak mengetahui sejarah ini. Err..saya penyokong United..hahahaha

P/s : Nantikan penjaga gol muda yang berpotensi menjadi antara terbaik dunia. Igor Akinfeev dari Russia, Steve Mandanda di Marseille, Hugo Lloris dari Lyon, Sergio Asenjo di Sepanyol, Jukka Lehtovaara dari Croatia dan Manuel Neuer dari Jerman. Ke mana perginya Oscar Ustari dari Argentina??

 

© lifexponent
lifEXPONENT by verbaLOVERS. Original theme by SF | Distributed by WALK