A.R.A.K.

Wain

Allah berfirman maksudnya:"Wahai merekayang beriman, sesungguhnya arak, judi, korban untuk berhala dan menilik nasib dengan menggunakan anak panah, adalah perbuatan keji daripada amalan syaitan, maka tinggalkanlah ia semoga kamu berjaya."(Al-Maidah:90)

Menurut tarmizi yang hasan sahih, Nabi Muhammad SAW bersabda, "Sesungguhnya arak bukanlah ubat, sebaliknya ia adalah penyakit."

Arak adalah alkohol berbentuk etil dan sejenis dadah yang bertindak pada otak serta menyebabkan ketagihan. Ia dihasilkan sel² ragi atau yis yang bertindak pada karbohidrat yang terdapat dalam buah²an dan biji²an. Dalam pasaran, terdapat 3 jenis arak yang popular iaitu bir yang dibuat daripada biji²an dan mengandungi 2% hingga 6% alkohol, wain yang dibuat daripada buah²an, mengandungi 11% hingga 14% alkohol dan minuman keras yang dikenali sebangai likuor. Likuor dihasilkan dengan memeram atau mendididhkan bahan makanan sehingga menjadi arak yang mengandungi 40% hingga 50% alkohol.

Apabila alkohol diminum, ia bertindak pada sel² otak dengan merangsang dan mengganggu fungsinya sehingga menggangu penglihatan, ingatan dan sebagainya. Pengambilan arak dalam masa yang panjang akan merosakkan otak buat selama²nya. Di Amerika Syarikat (AS), terdapat 10 hingga 15 juta penagih arak. Daripada jumlah itu, 4.5 juta adalah remaja. Jumlah kematian akibat arak pula adalah 100000 orang setiap tahun.

Banyak pakar berpendapat, arak apabila diminum dengan kadar yang sedikit, bermanfaat bagi jantung. Oleh itu, banyak pakar dalam bidang kardiologi menggalakkan masyarakat meminum arak sebanyak 1 hingga 2 gelas setiap hari. Namun Dr James Stein, pakar jantung dan penolong profesor di Fakulti Perubatan Universiti Wisconsin, mempunyai pandangan yang berbeza. Dalam tulisannya yang diterbitkan Milwaukee Journal Sentinel bertarikh 25 November 1998 menyatakan, "Banyak pesakit dan pakar perubatan mahu mempercayai arak adalah penawar ajaib. Hakikatnya, alkohol sebenarnya merosakkan jantung dengan cara melemahkan otot², mengganggu cara jantung mengepam darah dan menaikkan tekanan darah. Pengambilan alkohol yang sedikit memang menambahkan kolesterol baik (HDL) dalam darah, namun ia hanya benar bagi wain merah dan bukannya bir.Sebenarnya bukan alkohol yang menyihatkan jantung, sebaliknya bahan flavonoid yang diperoleh daripada buah²an yang digunakan. Oleh itu, adalah lebih baik memakan buah²an, bukannya meminum arak.

Allah berfirman maksudnya:"Dan mereka bertanya kamu berkenaan arak dan judi. Katakanlah kepada kedua²nya ada banyak keburukan dan beberapa kebaikan, namun keburukannya adalah lebih besar daripada kebaikannya."(Al-Baqarah:219)

(Sumber Utama : Tulisan Danial Zainal Abidin)

P/s : Tengah aku lepak² bawah pokok dengan member² aku di sebuah pulau terkenal, ada 3 orang laki dan 2 orang pompuan berjalan tergelak ketawa sambil mengheret botol arak besar di tepi jalan.. Kataku dalam hati, "Jadi la orang Melayu sama..Asik nak jadi orang putih ja.."

 

© lifexponent
lifEXPONENT by verbaLOVERS. Original theme by SF | Distributed by WALK