Irukandji

Pembunuh bersiri

Great Barrier Reef, Australia merupakan terumbu paling popular di benua ini tetapi menyimpan pembunuh misteri yang amat licik. Pada Januari 2002, Richard Jordon, 58, mati selepas berenang di Pulau Hamilton, Queensland. Robert Gonzalez, 34, dikejarkan ke hospital selepas berenang. Pada bulan April, Robert King, 44, mati selepas mandi di tempat yang sama. 3 kes dalam masa 4 bulan adalah kerja gila pembunuh bersiri yang kejam.

Irukandji atau Carukia barnesi adalah spesis obor² berbentuk loceng sebesar ibujari, adalah amat digeruni. Makhluk yang dibentuk 95% air tanpa hati, mata, otak dan tulang serta bersaiz 12mm hingga 25mm ini sangat sukar dikesan oleh mata manusia. Obor² ini mempunyai 4 sesungut antara 5cm hingga 1m, dengan bisa atau nematosis yang kelihatan teratur di sepanjang sesungutnya. Ia hanya memerlukan sedikit sahaja sengatan dan mangsa tidak akan berasa sakit sehingga selepas 30 minit. Mangsa akan mula berasa sakit pada belakang, buah pinggang, kejang otot kaki dan tangan,terbakar pada kulit muka, sakit kepala, sakit menusuk pada dada dan abdomen, berpeluh, muntah², cecair dalam paru², jantung berdegup pantas dan tekanan darah tinggi.

Sehingga kini, kitaran hidup Irukandji tidak begitu diketahui berikutan haiwan ini sangat kecil dan rapuh. Penyelidik mengandaikan sengatan Irukandji ini sebenarnya adalah untuk ikan² kecil lincah yang apabila disengat, menjadi kaku secara tiba².

Pada tahun 1964, Dr Jack Barnes yang berpakaian getah berbaring di dalam air berhampiran Cairns bagi mencari obor² ini. Barnes amat teruja melihat obor² kecil ini berenang² dihadapannya dan membiarkan obor² ini menyengat beliau, kemudian menangkapnya. Nasib beliau, anaknya dan seorang pembantu penyelamat berakhir di hospital. Oleh itu,obor² ini diberi nama sempena nama beliau. Sehingga kini, tiada rawatan khusus untuk merawat sengatan Irukandji ini.

(Sumber Utama : Tulisan Rusilawati Haji Kamarudin)

P/s : Member aku pernah disengat obor² di Batu Feringghi. Menggelupur berguling², tetapi kembali normal selepas disapu petrol oleh brader yang berniaga di gerai berdekatan. Thanx brader..Tapi dah lupa la nama lu..Haha

 

© lifexponent
lifEXPONENT by verbaLOVERS. Original theme by SF | Distributed by WALK