Empirik VS Metafizik

Eksperimen

Bagaimanakah agaknya sains mahu menerangkan segala misteri dan insiden mistik di dunia ini? Bagaimanakah sains mahu menerangkan punca mayatyang bangkit tiba², cahaya api terbang, tapak kaki bigfoot naga Tasik Chini atau ikan duyung?

Apabila bulan mengambang (efek lunar), dikatakan haiwan jadian berleluasa menyerang menusia. ada statistik menyatakan pesakit wad kecemasan hospital bertambah akibat gigitan haiwan semasa efek lunar. Bagaimanakah sains mahu menjelaskan fenomena ini? Bagaimana pula dengan lembaga hitam yang menyeramkan, keadaan lumpuh (ditindih) sewaktu tidur, hilaian hantu dan penunggu rumah usang?

Sains sememangnya sejak berkurun lampau telah membantu tamadun dunia namun masih banyak misteri dan keanehan kekal tersembunyi daripada pengetahuan manusia. Maka apabila penjelasan tidak ditemui, manusia secara semula jadi akan menyalahkan alam ghaib. Munsyi Abdullah pernah dalam karyanya, Hikayat Abdullah mempertikaikan kepercayaan orang melayu terhadap hantu.Profesor Diraja Ungku Aziz pernah menulis dalam Utusan Malaysia 3 Februari 2002, menyatakan bahawa perangai menyalahkan hantu dan alam mistik adalah kolot dan tidak saintifik.

Biasanya segala yang disangka hantuitu adalah berpunca daripada cahaya atau logamaya atau halusinasi atau apa² kejadian alam semulajadi. Mayat yang bergerak adalah disebabkan otot rigor mortis yang mengecut. Lembaga hitam yang melintas berpunca daripada serangga kecil yang melintasi mentol atau punca cahaya dan menimbulkan bayang².

Bunyi hilaian pula sudah tentu deruan pergerakan udara yang berlanggar dengan mana² jisim dan menimbulkan siulan. Ini selalu terjadi di bangunan² usang yang mempunyai banyak rongga² dan liang² pada tempat yang tidak kukuh. Banyak kajian dilakukan ke atas piramid² lama yang binaannya berongga, menghasilkan bunyi seakan² kicauan burung apabila disinggahi angin.

Hantu tindih ketika tidur wujud dalam masyarakat dunia dengan nama yang berlainan. Di barat, ia dipanggil hag, di Jepun dipanggil kaneshibari dan di Turki dipanggil karabasan. Kesemuanya melibatkan insiden yang serupa iaitu ditak dapat menggerakkan tubuh ketika tidur seolah² ditindih sesuatu. Saintifik menjelaskan kumpulan ini sebagai kelumpuhan tidur yang terjadi apabila minda terjaga ketika tubuh masih dalam keadaan tidur. Ia terjadi beberapa saat sebelum kita benar² terjaga daripada tidur (hypnopompic trance) dan tidak kekal lama serta dalam keadaan separuh celik separuh bermimpi.

Walaubagaimanapun kita tidak boleh terlalu curiga akan kewujudan hantu. Sekiranya benar hantu tidak wujud, bagaimanakah terlalu banyak orang yang mendakwa terserempak dengannya sepanjang sejarah? Adakah semua orang menipu? Malah dalil Al-Quran ada menyatakan yang bermaksud:"Dan Aku tidak mencipta jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKU."(Al-Zariyat:56).

Kelemahan kaedah sains ialah harus patuh kepada hukum empirik iaitu tidak boleh mempercayai sesuatu yang tidak dapat dibuktikan. Memang banyak fenomena mistik yang berjaya dirungkai sains namun sains adalah ilmu manusia. Dapatkah dibandingkan sains itu dengan ilmu Allah yang terlalu luas? Pernahkah anda terpikir tentang sihir² pada zaman Rasulullah? Adakah itu sains? Mengapa pula turunnya Al-Quran dan As-Sunnah selaku pelindung kepada manusia? Maka tidak wajarlah kita memperlekehkan setiap fenomena mistik itu semata kerana ia tidak boleh dibuktikan secara empirik.

(Sumber Utama : Tulisan Saharil Hasril Sanin)

P/s : Aku pernah tengok orang main kuda kepang masa kenduri kahwin baru² ni. Pelik beb..Huhu

 

© lifexponent
lifEXPONENT by verbaLOVERS. Original theme by SF | Distributed by WALK