Comel ??

Kucing

Seekor anak kucing adalah comel. Lukisan watak kartun dengan mata besar dan senyum simpul adalah comel. Warna² pastel seperti merah jambu cair, lebih² lagi dijadikan baju anak, dikatakan comel. Seorang wanita yang genit dan jelita juga comel. Bayi yang bertubuh gebu dan periang yang sedang bercakap bahasa bayi pun comel. Namun apakah sains disebalik comel?

Saintis sudah lama mengkaji hal comel kerana ia mengacu psikologi dan memberikan kesan positif kepada tingkah laku manusia. Konnrad Lorenz, ahli psikologi Austria mengatakan manusia memang secara semula jadinya tertarik dengan sifat² comel antropomorfisme dan pedomorfosis. Pedomorfosis dalam biologi menerangkan tentang sifat anak² manusia atau makhluk lain yang mempunyai rupa dewasa dalam bentuk mini. Antropomorfis pula bererti sifat² rupa haiwan atau benda yang serupa dengan manusia.

Menurut Lorenz, sifat pedomorfosis menimbulkan rasa suka dan sebu dalam manusia, mahu menjaga dan membesarkan. Kerana itulah banyak haiwan dengan sifat itu dijaga dan disayangi manusia. Kajian terbaru menyatakan bahawa melihat comel merangsang otak di bahagian yang sama apabila kita menerima rangsangan setelah merasa makanan lazat, menyuntik dadah atau melakukan hubungan seksual. Comel merangsang hormon membuatkan manusia suka dan gembira.

Beruang panda dan harimau adalah comel sebelum menjadi ganas apabila dewasa. Statistik pengunjung zoo akan meningkat jika adanya kelahiran pada haiwan² di zoo. Semua orang mahu melihat telatah haiwan² kecil tersebut. Seekor anak beruang kutub bernama Knut dilahirkan di Zoo Berlin menarik ramai pengunjung. Akibat terlalu menggila zoo tersebut telah mendaftarkan nama Knut sebagai hakcipta. Saham Zoo Berlin di bursa saham Jerman naik sekali ganda dan satu dunia menjadi gah dengan "Knutmania". Orang ramai yang ketagih melihatnya membuatkan banyak syarikat mengaut untung dengan menjual mainan, buku dan DVD Knut.

Di Amerika, penyanyi Gwen Stefani menggunakan simbol comel dan gadis Harajuku dalam nyanyiannya. Di Thailand, polis yang melakukan kesalahan diarahkan memakai selimpang Hello Kitty bagi memalukannya. Mungkin comel amat diperlukan dunia ketika ini yang penuh dengan pertumpahan darah akibat perperangan. Mungkin setiap pembunuhan dan kemusnahan perlu dipadamkan dengan psikologi comel. Mungkin apabila segalanya menjadi comel, dunia akan penuh kasih sayang, tiada penyalahgunaan dadah dan manusia saling memelihara bumi ini.

(Sumber Utama : Tulisan Saharil Hasrin Sanin)

P/s : Senjata biologi terbaru = COMEL

 

© lifexponent
lifEXPONENT by verbaLOVERS. Original theme by SF | Distributed by WALK