Formasi 3 (Pertahanan Tepi)

Satu lagi bahagian pertahanan yang akan diceritakan ialah pertahanan tepi@sideback@fullback@wingback. Fullback pula harus mempunyai kemahiran yang lebih daripada centerback. Ini adalah kerana fullback akan berlari naik ke atas membantu serangan setelah bertahan. Oleh itu beberapa kemahiran tambahan diperlukan seperti crossing dan stamina.

Kedudukan fullback

Crossing adalah mudah diceritakan begini; hantaran tinggi atau rendah yang dilakukan dari kiri atau kanan padang yang berhampiran garisan out. Bola hantaran tersebut melintasi pintu gol untuk disambar penyerang bagi menjaringkan gol manakala pertahanan pula perlu menyambar bola bagi mengeluarkan bola untuk menyelamatkan golnya. Apabila fullback naik ke atas dan membantu serangan, pemain tersebut akan melakukan cross apabila hampir dengan kotak penalti lawan. Cross yang tepat akan membolehkan pemain penyerang menyambut bola dan jika lebih bertuah akan menjaringkan gol. Stamina yang tinggi pula diperlukan kerana fullback ini akan berlari naik dan turun; atau dengan kata lainnya berlari naik 100 meter dan turun 100 meter setiap kali naik dan turun sepanjang 90 minit. Stamina yang tinggi akan menghindari pemain daripada kepenatan ketika bermain.

Di sini ditunjukkan pula video tentang kerja² yang perlu dilakukan pemain pertahanan

Tackle² bersih

Memiliki sepasang fullback yang baik bermental menyerang dalam pasukan anda adalah amat penting kerana pemain pertahanan ini akan menambah bilangan pemain yang menyerang. Jika anda mempunyai fullback yang mempunyai mentaliti bertahan, kualiti serangan pasukan anda adalah berkurangan kerana fullback ini akan jarang naik membantu serangan. Fullback juga akan berfungsi membuat covering kepada centerback atau mengambil posisi centerback dalam keadaan tertentu ketika permainan. Contohnya ketika pasukan membuat taktik centerback naik untuk membuat tandukan ketika sepakan sudut, fullback akan menunggu di bawah pada posisi centerback.

Fullback kanan veteran Brazil, Cafu digelar “yang mempunyai 2 jantung” kerana berlari naik dan turun dalam kepantasan yang sama sepanjang perlawanan. Tak penat² agaknya..

P/s : Bintang yang dijangka menyinar pada posisi ini di masa akan datang adalah Jerome Boateng dari Jerman, Jukka Raitala dari Croatia dan Marco Motta di Itali.

Formasi 2 (Pertahanan Tengah)

Pada kali ini, kita tengok pula bahagian pertahanan (back). Bahagian pertahanan terbahagi kepada 2 iaitu pertahanan tengah@centerback (CB) dan pertahanan tepi@fullback (FB).

Kedudukan flat centerback

Kedudukan sweeper and stopper centerback

Centerback yang baik hendaklah mempunyai attribut² yang berikut; kemahiran menanduk bola, malakukan tackle, positioning, line control, composure, konsentrasi, keberanian dan kekuatan. Kemahiran menanduk adalah attribute paling penting dalam pertahanan. Setiap bola tinggi yang datang hendaklah ditanduk keluar dari sebarang bahaya bagi mematikan serangan pihak lawan. Kemahiran menanduk ini akan menjadi sangat baik apabila seseorang pemain itu mempunyai daya respon yang tinggi terhadap pergerakan bola di udara yang membolehkan pemain itu menyambar bola atau menanduk bola terlebih dahulu berbanding pemain lain. Ini membolehkan pasukan anda memenangi setiap perebutan bola tinggi dalam kotak penalti anda sekaligus mengurangkan peluang pasukan lawan menjaringkan gol melalui tandukan.

Tackle merujuk kepada mengambil bola daripada pihak lawan. Pemain pertahanan yang baik adalah pemain yang boleh mengambil bola tanpa menjatuhkan dirinya ketika membuat tackle. Ini kerana jika pemain menjatuhkan diri ketika tackle (terjahan), pemain itu mestilah memenangi bola yang direbut. Jika terjahan dapat dielak atau tidak tepat, pemain lawan akan bertindak meninggalkan anda tatkala anda yang sudah jatuh terkial² bangun untuk kembali bermain. Jadi, seorang pertahanan yang baik hanya membuat terjahan jika keadaan memerlukan.

Positioning dan line control adalah berkait antara satu sama lain. Pemain pertahanan haruslah belajar berada pada posisi yang sepatutnya dalam padang ketika diserang. Ini kerana jika pemain gagal berada pada posisi yang betul, formasi pertahanan pasukan akan terganggu dan memudahkan pasukan anda diserang. Line control pula adalah kebolehan pemain² pertahanan berkomunikasi untuk berada pada posisi 1 barisan bagi membuat perangkap offside. Jika posisi pemain ketika membuat perangkap tidak betul, pemain lawan akan menggagalkan perangkap anda dan menjaringkan gol.

Composure adalah keupayaan untuk bertenang ketika menerima serangan. Hampir semua pertahanan di dunia bertindak menyepak bola sejauh mungkin ketika golnya diserang. Kemudian, pemian lawan mengambil bola dan menyerang kembali. Pertahanan tadi memenangi bola semula dan menyepak sejauh mungkin lagi. Ini adalah kerja yang karut. Ketenangan tadi dapat digunakan oleh pertahanan untuk berfikir sebentar dan membuat hantaran bagi memulakan serangan pasukannya selepas memenangi setiap bola. Dengan ini, gol pasukannya dapat dilindungi buat sementara waktu daripada asakan bertubi² tanpa henti pihak lawan apabila pasukan yang bertahan tadi mula menyerang. Composure juga dapat digunakan untuk membaca hantaran yang bakal dibuat pihak lawan. Ini membolehkan pemain pertahanan memintas hantaran yang cuba dilakukan lawan kepada penyerang mereka. Pintasan tersebut hendaklah dibuat dengan mengambil bola yang disepak pihak lawan setelah hantaran dilakukan dan sebelum bola hantaran tersebut sampai kepada penyerang, lantas meninggalkan penyerang tersebut terpinga² tidak dapat menyentuh bola.

Konsentrasi adalah penumpuan yang diberikan ketika permainan, yang mana pemain pertahanan sentiasa berfikir untuk merampas bola melalui tackle atau tandukan satu-persatu. Ini adalah sama keadaannya dengan penjaga gol di mana pemain pertahanan akan cuba; menunggu hantaran kepada penyerang..pintas melalui tandukan..berjaya, kemudian menunggu hantaran lagi..pintas melalui terjahan..berjaya dan tunggu lagi hantaran seterusnya. Proses ini akan berlangsung sepanjang permainan.

Keberanian merujuk kepada kebolehan untuk menyaingi pihak lawan dalam semua perebutan bola samada di udara atau di atas rumput. Kekuatan pula membolehkan sesorang pertahanan itu gagal dijatuhkan walau sekuat mana diasak oleh pemian lawan. Ini amat berguna ketika perebutan berlaku kerana pemain yang kuat tidak mudah dijatuhkan. Berikut ditunjukkan satu video tentang aksi² pertahanan tengah yang baik.

World class defender

Mempunyai pertahanan tengah yang baik adalah perlu kerana pemain² inilah yang akan mengawal penjaga gol anda. Ini kerana pemain pertahanan akan sedaya upaya melindungi penjaga gol anda dari sebarang percubaan atau rembatan dari pemain lawan. Semakin kurang percubaan pemain lawan, semakin sukar untuk mereka menjaringkan gol.

Untuk taktikal, kemahiran menanduk pemain pertahanan juga selalu digunakan dalam sepakan sudut atau sepakan percuma. Dalam sepakan² ini, pemain pertahanan dihantar naik ke atas untuk menjaringkan gol melalui tandukan.

P/s : Antara nama² yang dikatakan berpotensi menjadi pertahanan tengah terbaik dunia adalah Gerrard Pique dari Barcelona, Johnny Evans di Manchester United, Jeremy Helan dari Perancis dan Michele Fornasier di Itali.

Malaysiaku yang kasihan

Lagu ni tepat menggambarkan negara Malaysia kini..Mentaliti, politik, habit n history tanah airku terchenta..(Sigh)

Butterfingers - Mati Hidup Kembali

Jalan raya terlampau sunyi
Untukku terus bermimpi
Mataku belum mengantuk lagi
Bawa kemana saja ku pergi

Tunjukkan ku bulan gerhana
Tiada siapa nak ku jumpa
Benda yang tiada ku sangka ada
Tak mengapa oh tak mengapa

Malam semalam gundah gulana
Hari ini hari mulia
Tak pernah daku rasa begini
Seperti mati hidup kembali

Bawa ku hilang dari ingatan
Hari ini sehingga esok
Tak pernah daku rasa begini
Seperti mati hidup kembali

Angkasa penuh dengan bunyian
Ku capai sebelah tangan
Sebalik awan ada cahaya
Bercahayalah selamanya

Daku tertawa seorang diri
Darah yang mengalir terhenti
Fikiran ku melayang-layang
Tiada siapa yang perasan

Malam semalam gundah gulana
Hari ini hari mulia
Tak pernah daku rasa begini
Seperti mati hidup kembali

Bawa ku hilang dari ingatan
Hari ini sehingga esok
Tak pernah daku rasa begini
Seperti mati hidup kembali

Tak pernah daku rasa begini
Seperti mati hidup kembali

Kembali...

P/s : Tunjukkan ku bulan gerhana..Tiada siapa nak ku jumpa..Benda yang tiada ku sangka ada..Tak mengapa oh tak mengapa..pedih..pedih..

4-4-2 1 (Penjaga Gol)

“Permainan bola sepak adalah permainan orang² bodoh yang menyepak bola ke sana ke mari beramai² sambil cuba meletakkan bola ke dalam kotak berjaring yang tersangatlah besarnya.”

Di sini saya ingin memperbetulkan bait² ayat di atas. Mengapa? Kerana bagi manusia² di luar sana yang memahami bola sepak, akan mengatakan bahawa ia adalah sukan yang pintar dengan perancangan, teknik, disiplin, kemanusiaan dan semangat yang luar biasa. Mengapa orang suka menonton bola sepak tetapi tak reti pun hendak menendang bola? Jawapannya ialah bola sepak mempunyai elemen suspen yang tidak berhenti² mengejutkan anda sepanjang 45 minit bermain, 15 minit berehat dan sambung lagi 45 minit bermain. Kita tinggalkan dulu pasal menonton bola sepak kerana menonton dan bermain adalah perkara yang berlainan.

Berbalik kepada persoalan mengapa bola sepak adalah pintar? Sukan ini dimainkan seramai 11 orang termasuk penjaga gol. Ini tidak bermakna semua 11 orang tersebut masuk ke dalam padang dan berlumba² untuk “meletakkan bola ke dalam kotak berjaring” atau dengan kata lainnya “menjaringkan gol”. Setiap pasukan turun dengan format kedudukan pemain yang tersendiri berserta taktik yang dipercayai dapat mengalahkan lawan. Berikut adalah format yang selalu digunakan pada masa kini ; format 4-4-2 iaitu 4 (pertahanan@back) – 4 (tengah@midfield) – 2 (penyerang@forward). Ini adalah format paling berkesan dari segi serangan dan pertahanan.

Formasi 4-4-2

Kita mulakan dengan penjaga gol. Penjaga gol adalah satu²nya pemain yang boleh menggunakan tangan. Seorang penjaga gol yg hebat diukur dari segi daya refleks badannya, jauh lompatannya, kebolehan mengawal bola (handling), menghalang bola (shot stopping), konsentrasi, kesungguhannya dan yang paling penting, kebolehannya berkomunikasi dalam padang. Ini adalah kerana ketika pasukan bertahan, hanya penjaga gol sahaja yang dapat melihat seluruh pergerakan pemain lawan di segenap pelusuk padang. Jadi, jerit pekik dari penjaga gol boleh menyedarkan rakannya yang terleka untuk mengawal pergerakan pemain lawan ini.

Daya refleks pula merujuk kepada pergerakan anggota badan yang bertindak segera menghalang bola yang datang walaupun bola yang datang itu berubah arahnya secara tiba² akibat terbias dan sebagainya. Lompatan seorang penjaga gol pula membolehkan penjaga gol melayangkan badannya dalam jarak yang agak jauh. Ini membolehkan penjaga gol menepis bola yang jauh dari kedudukan dia berdiri.

Kawasan penjaga gol

Handling merujuk kepada kemahiran MENANGKAP bola walau selaju mana sekalipun bola itu datang atau melintas. Ini juga termasuk kemahiran dalam memastikan kotak penjaga gol dalam padang dikawal sepenuhnya. Keberanian penjaga gol yang keluar dari garisan golnya untuk memintas hantaran lintang (cross) dari kiri dan kanan pintu golnya juga termasuk dalam handling. Shot stopping adalah kemahiran MENEPIS KELUAR bola yang datang. Ini penting kerana jika bola yang ditepis itu tidak keluar atau masih dalam kawasan permainan, ia boleh mengundang pemain lawan datang dan menjaringkan gol ketika penjaga gol sudah hilang keseimbangan badannya akibat menepis bola yang pertama tadi.

Konsentrasi pula adalah pemikiran yang sentiasa fokus untuk menghalang golnya dari dibolosi. Mereka diajar untuk menepis bola satu persatu, biarpun rembatan dan sepakan yang datang itu beratus-ratus jumlahnya. Keadaannya adalah begini; concentrate, satu rembatan datang, tepis, berjaya..concentrate pada bola selepas itu pula, bola datang, tepis, berjaya..concentrate bola selepas itu pula, sepakan datang, tepis, berjaya..ianya berulang-ulang sepanjang perlawanan dan penjaga gol sentiasa berfikir untuk menghalang bola yang datang satu-persatu.

Yang terakhir adalah kesungguhan. Ini merujuk kepada kualiti permainan penjaga gol. Keupayaannya melakukan apa sahaja bagi memastikan golnya tidak dibolosi termasuk keluar daripada garisan golnya untuk mengecilkan sudut target yang diperolehi pemain lawan untuk membuat sepakan. Pendek kata, jika penjaga gol keluar dari garisan golnya, dia mesti sekurang²nya menyentuh bola. Di bawah ini di tunjukkan satu video penjaga gol yang berkualiti.

Quality goal keeper

Memiliki seorang penjaga gol berkualiti amat penting sebagai benteng terakhir pasukan anda. Ini adalah kerana sudah diketahui tugas utama penjaga gol ialah menghalang bola daripada memasuki gol. Ia dipermudahkan begini; pasukan anda ketinggalan 0-1 ketika masa tinggal 10 minit untuk tamat. Tiba² pemain lawan melepasi pertahanan dan hanya berhadapan dengan penjaga gol anda 1 lawan 1. Penjaga gol anda keluar dari garisan gol dan menghalang pemain tadi daripada membuat sepakan yang baik. Bola keluar garisan. Anda masih lagi ketinggalan 0-1 dengan masa lebih kurang 10 minit. Jadi pasukan anda masih boleh cuba menjaringkan 1 gol untuk menyamakan kedudukan dan jika bertuah, menjaringkan 2 gol lalu memenangi perlawanan dengan keputusan 2-1. Cuba bayangkan pula jika bola tadi masuk dan pasukan anda ketinggalan 0-2. Jika pasukan anda menjaringkan 1 gol, pasukan anda masih lagi kalah. Dengan masa semakin suntuk, badan dan mental yang penat, pasukan anda perlu mencari banyak gol. Gol kedua tadi telah pun memastikan kekalahan pasukan anda.

Sekadar pengetahuan, penjaga gol veteran England, David James, satu ketika dahulu adalah penjaga gol hebat yang bermain untuk Liverpool tetapi kemudiannya dijual. Mengapa? Kerana dia mempunyai satu kelemahan iaitu dia amat tidak konfiden jika bola dilintangkan (cross) menintasi pintu golnya sama ada dari kiri atau kanan padang. Oleh sebab dia tidak sukakan bola cross (salib) yang dibuat pemain lawan, dia digelar “Drakula” (pontianak) oleh penyokong² Liverpool. Malulah jika ada peminat Liverpool yang tidak mengetahui sejarah ini. Err..saya penyokong United..hahahaha

P/s : Nantikan penjaga gol muda yang berpotensi menjadi antara terbaik dunia. Igor Akinfeev dari Russia, Steve Mandanda di Marseille, Hugo Lloris dari Lyon, Sergio Asenjo di Sepanyol, Jukka Lehtovaara dari Croatia dan Manuel Neuer dari Jerman. Ke mana perginya Oscar Ustari dari Argentina??
 

© lifexponent
lifEXPONENT by verbaLOVERS. Original theme by SF | Distributed by WALK