Formasi 6 (Attacking Midfielder)

Setelah mengenali defensive midfielder atau orang jahat dalam pasukan, kita beralih pula kepada posisi attacking midfielder (AM). AM merupakan pemain yang merencana serangan pasukan dalam diamond system midfield. Pemain posisi ini hanya akan menumpukan perhatian kepada corak serangan yang akan dilakukan setiap kali mendapat bola. Pemain inilah yang akan menentukan sama ada perlu menyerang secara pantas atau menunggu sehingga keadaan yang bersesuaian untuk melakukan hantaran² serangan. Oleh itu, AM perlu mempunyai kemahiran menyimpan bola dalam tempoh masa yang lama sehingga menyukarkan pihak lawan merampas bola daripadanya.

Kedudukan AM dalam formasi pasukan

Attacking midfielder boleh bergerak ke serata kawasan padang untuk memulakan serangan. Apabila pasukan diserang, AM akan turun sedikit dari kawasannya supaya bola yang dikawal pihak lawan sentiasa berada dihadapan kawasan AM. Oleh itu, bola akan sentiasa berlegar² di antara lapisan striker dan lapisan midfield pasukan tanpa dapat memasuki lapisan pertahanan. Setelah bola dirampas mana² pemain, AM akan pantas memastikan dirinya tidak dikawal supaya bola sentiasa boleh dihantar kepada AM ini. Dengan itu, pasukan akan memulakan serangan sambil pemain² serangan lain naik membantu.

Lazimnya, pemain posisi ini sudah jarang digunakan dalam bola sepak pada hari ini kerana posisi ini memberikan corak permainan yang terlalu asas dan direct serta mudah dibaca pakar taktikal lawan. Pemain² posisi ini juga jarang memberikan bantuan ketika pasukan diserang kerana kekurangan kemahiran bertahan yang diperlukan. Namun begitu, pemain² posisi ini akan cukup menyerlah dipadang jika taktikal yang digunakan sesuai dengan gaya permainan inidividu AM ini. Contohnya, Kaka, Zinedine Zidane, Juan Roman Riquelme, Jay Jay Okocha, Francesco Totti dan Xavi Hernandez akan menjadi amat efektif dalam system permainan ini.

Xavi Hernandez "Tempo Dictator"

P/s : AM adalah pemain yang sangat digemari pecinta bola sepak kerana kreativiti pemain posisi ini membuatkan permainan sesebuah pasukan menjadi sangat menghiburkan dan menarik. Antara pemain yang menyerlah dalam posisi ini kini ialah Andreas Iniesta, Wesley Sneijder, Rafael Van Der Vaart dan Marek Hamsik.
 

© lifexponent
lifEXPONENT by verbaLOVERS. Original theme by SF | Distributed by WALK